CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, January 23, 2011

Signifikannya Tahniah~~

Bismillah... 

Alhamdulillah..

                Masih punya waktu untuk memberi dan menyebar Islam itu sebanyak-banyaknya... Allah yang memberi hamba ruang itu. Dia memberi pinjam pada hambaNya ini. Saat 'blog walking' , tersentap sejenak menatap blog arwah Ammar, ex- MATRI, lama hamba merenung,  lantas terasa bergenang di kelopak mata; betapa hidup ini tidak lama.. umur bukan ukuran, kerana mati itu pasti menjemput bila-bila masa. JanjiNya pasti...

" Kullu nafsin zaaiqatul maut..." 

setiap yang hidup pasti merasai mati... 

            Jadi serasa mahu memberi sebanyak-banyaknya dan membina  dan memasak Taqwa dalam diri.. Bait kata indah yang sering diungkap,  Sesungguhnya seorang muslim itu, apabila berjalan di jalan dakwah, ia tidak berjalan dengan hatinya sahaja, bahkan dia membawa hati saudaranya, justeru itu, setiap pahala, yang didapati sepanjang perjalanannya, pasti akan terbias untuk saudara seperjuangannya...

Kenapa tahniah~~???

               Hamba hanya tersenyum saat beberapa orang sahabat bertanya " kenapa tahniah??" melalui laman sosial. Tahniah yang pada asalnya di cetuskan oleh seorang sahabat, nampak seperti biasa-biasa, tapi entah dari mana, Allah memberi ilham pada hamba untuk memaknai "tahniah". Hamba terfikir, ada beberapa perkataan yang cukup ringkas. Hanya satu perkataan, tapi ia juga cukup membuat ramai orang mampu senyum  riang,  berbunga-bunga , atau barangkali bisa marah. Antaranya, ucapan "tahniah" itu... 

              Secara fitrahnya manusia sangat senang dengan pujian. Suka atau tidak dengan pujian, itu soal kedua.. Yang pasti, pujian itu sesuatu yang menyenangkan. Sengaja hamba tidak menjawab persoalan yang di aju sahabat-sahabat hamba. Mereka jadi pelik. Tahniah sahaja memanjang. Tapi pernah hamba lontarkan, ucapan 'tahniah' itu bergantung pada situasi.. Terpulang kepada setiap kita untuk melihat dari sisi pandangan masing-masing. 

           Hamba juga turut merasa kepelikan itu kerana tiba-tiba merasa ucapan 'tahniah' itu  begitu memberi kesan. Ya! lebih tepat lagi, mampu menginterpretasi seribu makna. Simple, unik tapi bermakna. Kita yang berbagai ragam ini bebas menginterpretasi mengikut pemikiran kita. People interprets what they see, through what they know. Tetapi kebebasan menginterpretasi sesuatu itu tetap terbatas. Terbatas hanya sekadar dalam lingkungan pengetahuan kita sebagai hamba. Teringat pesan seorang teman, "Terbang tinggi, bebas dalam penguasaan Allah..."

"Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit. Pohon itu memberikan buahnya pada setiap musim dengan seizin Tuhannya. Allah membuat perumpamaan-perumpamaan itu untuk manusia supaya mereka selalu ingat."

                                                                              Surah Ibrahim: 24-25


Memberi tahniah~~


Memaknai "tahniah"...

               Tahniah biasa didengar waktu memberi penghargaan atau pujian. Jarang sekali mendengar orang ucap tahniah bila mahu menegur, bukan..? Mungkin ada, tapi sedikit. Bagaimana "tahniah" mahu dikaitkan dengan menegur atau bahasa 'lurusnya' , kutuk (kondem)??
              Mari hamba bawa beberapa analogi, bila seseorang melakukan silap, rasa down dengan tentunya tahap keimanan dirasakan paling bawah sekali, atau culas mahu bergerak untuk dakwah, mukaddimahkan dengan ucapan "tahniah kawan, syukur anda dipilih oleh Allah untuk berada tetap di jalan dakwah, tapi  ingatlah ......". Nah! di situ sudah ada satu bentuk ruang untuk sahabat tadi duduk bersama kita, mambaharui iman yang goyah sebelum kita masuk ke main point sebenar iaitu "ingatlah". 

                Ataupun contoh lain, apabila seorang ibu yang mahu menasihati dan memberi kata semangat buat si anak " Tahniah dik... Alhamdulillah Adik dah buat yang terbaik dah ni... tapi exam akan datang nanti cuba buat lagi baik ya sayang.. cuba dapatkan straight A" .  Walaupun hakikatnya si anak peroleh hasil yang kurang memuaskan. 'Tahniah' kan lah... sebab 'tahniah' itu bisa menjadi bekal untuk lebih bersemangat dan menyenangkan dirinya.

" Aku berazam nak daki Broga (nama bukit) sampai puncak!!", luah seorang sahabat. Jadi yang biasa-biasa di ucapkan, "Good luck!". Tapi cuba kita tukar dengan "Tahniah..". Bila si sahabat tanya, " Kenapa ucap tahniah??"... " Sebab kau punya semangat dan sudah menyimpan azam..."

"Huh! Geramnya aku..! kalau ikutkan hati aku, rasa nak lempang je budak tu tadi..  fiitnah yang bukan-bukan tapi nasib baik aku sabar lagi..", getus seorang kawan. Jawab padanya, "Tahniah~~". Pasti dia akan bertanya " Apa kes!??". Jawablah " Kerana engkau mampu bersabar... ". Secara tak langsung kawan itu pasti sedikit terpukul dengan kata-kata itu. Boleh jadi bisa men 'cool' kan temper nya yang tengah panas . Atau lebih besar lagi, membuka ruang dan peluang dakwah dan nasihat dari kita untuknya. Siapa tahu!?


~Positif atau negatif, banyak atau sedikit~



                    Oh! signifikant ya ucapan "tahniah" tu... simple dan bermakna.. Perkataan yang sama tapi interpretasi yang berbeza-beza. Tergantung pada bagaimana seseorang itu menilai, dari jendela positif mahupun negatif. Hamba suka mengambil dan memilih sisi positif "Tahniah",  kerana sejujurnya ia mampu membina sakhsiah Islamiyyah kamilah... ingatan dan motivasi untuk hamba dan para da'ie.. Tidak rugi memberi, kerana hidup mampu dimaknai dengan memberi. Jangan diremehkan walaupun sekadar ucap "Tahniah~~" . Ucaplah sebagai penghargaan mahupun untuk menegur. Jangan lokek untuk memberi...

Jadi,

Selamat memberi... =)

~Hamba hanya hamba~