CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, April 24, 2011

Wahai Purnama ~

Wahai purnama..
wahai purnama
Yang indah lagi sempurna
Bagaimana….
bagaimana 
Nak ku luah dengan kata-kata
Engkau menyinar di alam tinggi…
di alam tinggi. 
Terangi kegelapan dan kebatilan.
Dengan mu alam bergemerlapan.bergemerlapan…
Zahir batin dengan nur nikmat dan kemuliaan 
Selawat Allah ke atasmu selama-lamanya, 
Siang dan malam jua..
siang dan malam jua... 
Selawat jua pada ahlimu dan sahabatmu… 
Mereka yang istimewa dan amat sempurna.....~


~ permata impianku ~
 

Tuesday, April 5, 2011

Bingkisan buatmu ukhti...~



~Iman itu letaknya di hati~



Ukhti ku sayang,
Jangan pernah rasa sepi,
Kerna Allah senantiasa di sisi,
Andai kau lemah, rasa dagang dan terasing,
Terasa kembara mu sepi dan tak indah,
Kau bisa saja bersedih, Tapi jangan kau lupa,
Pandang ke langit, Pasti kau temui...
Hanya Dia yang sempurna,


Ukhti ku sayang,
Kau pasti tanya hatimu,
"Apa yang aku mahu? Jiwaku kacau...tak tenang!"
Kau rasa sukar mendepani ujian dan mehnah,
Himmahmu pudar,
Kekadang semahunya menangis,
Saat kau tak jumpa apa yang kau cari,
Dan saat kau menyimpan harap pada yang tak pasti,
Pasti kau lesu, putus asa menyapamu,



Namun ukhti ku sayang...
Yakinlah DIA takkan pernah tinggalkan hambaNYA,
Dan takkan pernah DIA bebani dirimu dengan apa yang tidak engkau sanggupi,  
Itu bicara cintaNya dalam Kalam suci,
Al-Baqarah 286... 



Ukhti ku sayang, 
Kuatkan hati dan jiwamu,
Kerna dakwah ini jalan panjang, tidak mudah,
Menuntut pengorbanan dan kesediaanmu,
Demi kelangsungan Deenul Haq ini...
Permaidani indah dan pujian juga tak dijanjikan,
Kekadang meruntun jiwamu,
Menggugah imanmu...



Ukhtiku sayang,
Mujahadah dan istiqamahlah dalam berjuang,
Kekadang diri inginkan seperti ini,
Tapi DIA rencanakan sebaliknya,
Kerna DIA lebih mengerti apa yang kau perlukan,
Bukan penuhi apa yang kau mahu...



Ukhti ku sayang,
Ku doakan kau dan aku tetap teguh menjunjung syariat,
Bagaikan srikandi agung,
Asma' binti Abu Bakar, si Dzatun Nithaqain,
Pemberani dalam jihad Yarmuk,
 Yang berpesan pada puteranya,
Assyahid Abdullah Ibnu Zubair,
Agar hidup secara mulia dan mati secara mulia,



Ukhtiku sayang,
Aku menyayangimu keranaNya,
Maha Suci Allah yang telah menyatukan hati kita,
Atas landasan Aqidah dan ukhuwwah,
Pesan ini untuk diriku dan kamu,
Agar kita bisa bergandingan ke syurga,
Semoga kau dan aku,
Mengerti antara ketaatan, cinta dan cita-cita...


ilham minallah,
Hamba Illahi,
3.55 a.m
5 April 2011
L5, K14, UPM 


~menuju Mardhatillah~




"Tidak sempurna iman seseorang di antara kamu sehingga ia mencintai saudaranya seperti mencintai dirinya sendiri." ~ Hadith riwayat Bukhari dan Muslim