CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, December 15, 2010

Puasa hari Tasu'a dan Asyura

Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, ketika Nabi s.a.w. tiba di Madinah, Baginda melihat orang yahudi berpuasa pada hari asyura. Nabi pun bertanya, "Hari apa ini ?". Jawab mereka, "Hari ini ialah hari yang baik. Pada hari ini Allah melepaskan Bani Israil dari musuh mereka, kerana itu Nabi Musa berpuasa kerananya". Sabda Nabi, "Aku lebih berhak daripada kamu dengan Musa". Oleh itu Nabi berpuasa dan menyuruh orang lain berpuasa pada hari asyura. (Sahih Bukhari)

Dari Aisyah r.a. katanya "Biasanya orang Quraisy pada masa jahiliah berpuasa pada hari asyura dan Nabi s.a.w. pun berpuasa. Ketika Baginda tiba di Madinah, Baginda juga berpuasa pada hari asyura dan menyuruh orang lain berpuasa juga". (Sahih Muslim)

Dari Salamah bin Akwa r.a. dia menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. mengutus seorang lelaki suku Aslam pada hari Asyura dan memerintahkan kepadanya supaya mengumumkan kepada orang ramai, "Sesiapa yang belum puasa hari ini hendaklahlah dia berpuasa dan siapa yang telah terlanjur makan hendaklahlah dia puasa juga sejak mendengar pengumuman ini sampai malam". (Sahih Muslim)

Dari Ibnu Abbas r.a katanya, " Penduduk Khaibar berpuasa pada hari asyura dan menjadikannya sebagai hari raya, dimana wanita mereka memakai perhiasan dan pakaian yang indah pada hari itu. Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda, "Puasalah kamu pada hari itu". (Sahih Muslim)

Mengharap keampunanNya di sepanjang kembara...
 
Dari Abu Qatadah Al-Anshari r.a. katanya Rasulullah s.a.w. ditanya orang tentang puasa hari arafah (9 Zulhijjah). Jawab baginda, "Semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu dan yang akan datang". Kemudian Nabi ditanya pula tentang puasa hari asyura (10 Muharram). Jawab baginda, "semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu". (Sahih Muslim)

Imam Syafi`e Rahimahullahu Ta`ala menyebutkan di dalam Kitab Al-Umm dan Al-Imla' disunatkan berpuasa tiga hari iaitu hari kesembilan (Tasu`a'), kesepuluh (`Asyura') dan kesebelas bulan Muharram. Tetapi tidak ditegah jika berpuasa hanya pada 10 Muharram sahaja.
 
 
 
::Semoga Allah mengampuni setiap detik zulumat hambaNya yang hina ini, lantas di  ganti dan beriNya bekal dengan Nur iman... Sungguh, Dia itu Maha Pengampun, Pemurah, lagi Maha Penyayang. Terima kasih Ya Allah... ::
~Hamba hanya hamba~

Saturday, December 11, 2010

Ceritera Itu...

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

          Dalam keterbatasan waktu, di sempatkan juga untuk mencoret sedikit, membersihkan blog hamba yang hampir-hampir bersawang ni. Sekadar perkongsian,tertarik membaca kisah ceritera yang di ambil dari sebuah laman web. Bukan dan bukan kerana kisah cinta islamic yang di tonjolkan yang menarik minat hamba, tapi kerana olahan dan content di penghujung cerita. Ada mesej yang mahu disampaikan... "Perjuangan". 

         Teringat kata-kata al-ustaz semasa hamba jaulah di Melaka, dakwah harus terus disubur, kelangsungan dan kebangkitan Islam matlamatnya. Justeru, merancang masa depan itu harus direncana sebaiknya. Bukan sahaja siapa, tetapi apa yang boleh di sumbangkan dan samada kita bisa mengekal atau menganjak momentum tarbiyyah dan dakwah ke arah lebih baik atau sebaliknya. Dan yang terpenting, mampu atau tidak kita ini meladeni, menggenggam dan mendokong Islam itu hingga akhir hayat??? Muhasabah untuk diri hamba sendiri yang utamanya, juga buat kamu, anda dan semua di luar sana. Itu yang harus kita fikirkan di saat segelintir kalangan pendakwah, da'ie mahupun pendokong gerakan  yang sewajibnya mengislah (memperbaiki), menjadi kalangan mutasaqitun a'la tariqid da'wah lantaran di uji dengan ujian kesenangan, apatah lagi kesukaran, saat berdepan realiti 'dunia sebenar'


Semangat dilandasi Iman

           Koreksi buat hamba ,dan kamu... yang sedang berada di medan 'belajar'.. ya! belajar memahami , mengenal, merasa sakit di lukai/diguris hati dan jiwanya, menjadi pemikir hebat dan terusnya menjadi amilin (pekerja) Islam di luar sana... mari siapkan diri dan jiwa. Isi jiwa sepenuh-penuhnya! Biarlah momentum dan lonjakan IMAN yang membentuk SEMANGAT , bukan sentimen semata-mata. Kerana apa? kerana andai semangat mendahului iman, pasti ia hanya sebentar. Bergeraklah kita atas dasar kefahaman yang jelas, tawaduk dan ikhlas. Cuba-cuba belajar mengimbangi tarbiyyah dan gerak kerja seiring. Pesan murobbi, jadilah Da'ie Mujahid; punya jiwa tarbawi yang ikhlas dan cita yang besar lagi kental untuk merungkai kejahilan dan menyumbang untuk Islam.   "Katakanlah (Muhammad), "Apakah perlu Kami beritahukan kepadamu tentang orang yang paling rugi perbuatannya?", iaitu orang yang sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia, sedangkan mereka mengira telah berbuat sebaik-baiknya" (Surah Al-Kahfi; 103-104)

 Tapisan Allah itu pasti berlaku. Bila-bila dan di mana-mana. Sebagai hamba Illahi, mari kita doa agar di tetapkan hati, dipenuhkan dengan tawaduk; tak jemu dalam menyumbang tenaga dan istiqamah dalam menggenggam deenul Haq ini.. Amin  

"Berilah hatimu hanya untuk Allah, pasti Allah temukan padamu pemilik terbaik. Hamparkan masa mu seluasnya hanya untuk Allah, pasti Allah aturkan seluruh kehidupanmu sebaik-baiknya" (Hassan Al-Banna)




Ceritera itu... 

Awak sudi jadi isteri kedua saya?” tanya Adam tegas dan yakin.
Tiba-tiba mata Fatimah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.
“Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!” pekik Fatimah dengan suara tersekat-sekat.
Mata Adam liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fatimah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fatimah langsung tidak selari dengan penampilannya.
“Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya…” Fatimah mula sebak.
“Tak. Maksud saya ... ”
“Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!” potong Fatimah dengan kasar.
“Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?” suara Fatimah semakin tinggi, setinggi egonya.
Adam diam seribu bahasa. Dia sudah tahu `Fatimah’ di sebalik Fatimah yang dia kenal selama ini.
Fatimah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya berwarna kuning. Dalam hatinya, Adam seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu.
Adam muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.
“Ada hikmah,” bisik hati kecil Adam, sekecil pandangannya terhadap Fatimah.
Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Adam sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yang membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak.
Keyakinan serta keaktifan Adam berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam jemaahnya. Malah, Adam dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agama yang dianutinya sejak sekian lama. Sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fatimah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Adam. Bagi Fatimah, Adam seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Adam melamarnya menjadi isteri kedua.
Adam masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fatimah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik dengan Fatimah, namun sikap Fatimah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Adam tersebut. Bagi Fatimah, Adam tak ubah seperti lelaki lain.
Gerak kerja dakwah Adam berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu ke hilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnya sibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya.Adam semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya.
Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Adam, sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Adam.
Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Adam dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Aisyah. Adam sekali lagi gusar takut-takut Aisyah tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Adam menemui Tuhannya, namun, Aisyah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fatimah atau tidak?
Fikiran Adam bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Aisyah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut.
Setelah merisik pemikiran Aisyah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Adam berjumpa dengan Aisyah bertemankan sahabat baiknya. Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Adam mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fatimah.
“Awak sudi jadi isteri kedua saya?” tanya Adam tanpa segan silu.
“Sudi..” jawab Aisyah ringkas.
“Er, betul ke ni?” tergagap Adam menerima jawapan Aisyah yang tenang dan yakin.
Aisyah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Adam.
“Kenapa saya?” tanya Adam ingin tahu.
“Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak,” jawab Aisyah yakin tetapi sedikit malu.
“Baiklah,” jawab Adam tersenyum.


Akhirnya, Adam dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini.
Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Aisyah, Adam terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Aisyah sangat membantu gerak kerja Adam semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Adam membawa Aisyah untuk membantu kerja dakwah seadanya.
Kadang-kala letih menyinggah Aisyah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Aisyah. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Aisyah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.
“Abang, saya nak tanya boleh?” sapa Aisyah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.
“Ye sayang?” jawab Adam sambil memandu.
“Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang,” luah Aisyah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.
“Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa,” Adam menoleh sedikit ke arah Aisyah, sambil tersenyum.
“Yeke? Dia datang program tu rupanya,” jawab Aisyah riang.
Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Adam dalam gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Aisyah, dia merendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Adam yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Adam aktif dalam dakwah sebelum ini.
“Kita dah sampai,” Adam membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail ditangannya.
Adam berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Aisyah yang berdiri di sebelah kiri kereta.
“Itu isteri pertama abang,” Adam menuding jari ke arah khemah tersebut.
“Mana bang?” Aisyah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari suaminya.
“Tak nampak pun,” Aisyah meninggikan sedikit hadapan kakinya.
“Siapa nama isteri pertama abang?” Aisyah sangat berdebar.

Adam tersenyum lebar, memandang Aisyah penuh tenang.
“Perjuangan,” jawab Adam...

“Katakanlah (Wahai Muhammad): “Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan (daripada) berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).” 



Barakallahulakuma...

::Di senggang waktu ni juga, hamba ingin mengucapkan Selamat pengantin baru istimewa buat sahabat yang sangat di sayangi, Zulfa (kak pa) dan suami, Ustaz Fahmi... semoga kalian kekal bahagia ke akhir hayat, punya zuriat soleh dan solehah yang mendokong perjuangan Islam suatu masa nanti... Amin Ya Rabb::




Sunday, November 21, 2010

Maafkan aku teman...



Hembusan bayu yang bertiup
Bersama deruan ombak
yang memukul pantai
Hatiku sayu bila mengenangkan
Perpisahan yang tiada diundang

Bertahun kita melangkah bersama
Seia cita-cita buat bekalan ke sana
Harapan ayah bonda janji pada agama
Kitakan terus mara biarpun
badai yang datang melanda

Kita hanya mampu berusaha
Hanya Allah menentukannya
segalanya adalah milik-Nya
Dalam berusaha kita diuji
Kekadang tohmah kita dicaci
Diturutkan rasa hati ingin
dilepaskan beban ini

Mujur ada teman membantu
Sokonganmu buat inspirasi
Berpeganglah pada janji
kita yang dibina

Semoga bersama kitakan dirahmati
Oh teman....





Mohon maaf buat sahabat-sahabat yang hamba tak hargai dan lukai hati serta perasaannya tanpa sedar... Ketahuilah teman, dengan linangan air mata, hamba sesal menyakitimu walaupun terkadang kamu tidak kisah... Menurutmu hamba terlalu mengikut rasa, memikir apa yang tidak perlu, tapi itulah sahabatmu yang kamu kenal, teman... Dan itulah kekurangan yang ada pada sahabatmu.. Semoga kamu mengerti bahawa hamba hargai setiap saat ukhwah yang terjalin di antara diri ini bersama kalian. Dan semoga segeralah saat sukar ini berlalu... "Aku hanya mahu yang indah antara kau dan aku"


~aku pilih diam agar tiada yang terluka atas kejahilanku~

Monday, October 18, 2010

Saya sudah besar, tapi belum tua... ~17/10~

Bismillah...

Alhamdulillah... Sedar tidak sedar sudah genap 24 tahun kembara hamba di muka bumi ini pada 17 Oktober yg baru sahaja berlalu. Syukur Allah masih memberi nikmat kepada hamba untuk terus bernafas , beramal dan mendekatiNya. Sejenak terfikir 'apalah yang aku telah buat sepanjang 24 tahun ini?? Banyak amalkah, atau lebih berat kepada yang sia-sia...??' . Apa yang pasti, azam hamba agar dapat terus menjadi yang lebih baik pada masa akan datang. Perkara pertama yang terlintas jam 12 malam pada tanggal 17 Oktober 2010, emak dan abah... Ya! dua insan yang terlalu banyak berkorban mendidik hamba yang dari kecil cukup nakal dan ligat. Pantang lepa sikit, pintu rumah tak berkunci, entah merayap ke mana. Teringat ibu hamba pernah bercerita pada umur 3 tahun, hamba yang baru pandai berjalan sedikit, sudah 'marathon' di jalan raya dekat Banting. Hampir terbabas kereta polis gara-gara mahu mengelak hamba yang entah macam mana boleh terlepas di tengah jalan. Yang kena marah, tentulah makcik hamba yang cuai sebab tidak jaga hamba dengan baik..Mujur hidup lagi 'budak' itu sekarang...=) TERIMA KASIH EMAK ABAH...(''\(n_n)/'')



Terima kasih juga hamba tujukan buat sahabat-sahabat yang wish dan ingat pada ulang tahun kelahiran hamba. Terharu dengan ucapan dan doa yang tak putus-putus baik di facebook, jumpa personal, mesej dan tak kurang juga buat kejutan dengan memapar ucapan di skrin layar ketika sedang berprogram. Terima kasih semua...(^_^) Rata-rata sahabat bertanya, barangkali berseloroh, 'selamat hari jadi kak, dh tua,bila nak kawin?'..atau 'hepi besday, kawin jangan lupa jemput!' Wah! agak direct di situ...huhu.Hamba hanya mampu tersengih (seperti apalah muka hamba waktu itu) ~tiada jawapan~. Sudah malas mahu menjawab soalan standart dan cepumas sahabat-sahabat hamba.. Kebetulan pula petang tadi kazoku berkaitan Baitul Muslim yang hamba kira semuanya sudah maklum matlamat atau hadafnya. Ya, hamba setuju dengan murobbi dalam liqa fikri petang tadi, katanya untuk mendapat yang soleh/solehah, kita dahulu harus menjadi soleh/solehah. Jangan kita terlalu meletakkan penanda aras yang tinggi dalam memilih pasangan hidup, kerana barangkali check list yang kita buat untuk pasangan kita itu, belum tentu kita sendiri mampu capai. Jadi mana mungkin kita berangan-angan mahu mendapat itu dan ini?? sedang diri sendiri ada celanya. Analoginya mudah, kita lalu di hadapan sebuah butik yang terkenal, lantas tertarik dan berkenan mahu membeli sepasang baju kurung yang ada di butik itu... cantik! jahitannya yang kemas, lengkap dengan corak menarik dan sulamannya serta dari fabrik yang berkualiti dan berjenama. Harganya juga pasti 'cantik'!!. Jadi, sudah pasti kita juga harus bersedia untuk membayar lebih kerana kualiti yang ada pada baju kurung tersebut. Tak mungkin dengan seringgit dua kita mampu memilikinya. Begitu juga dalam memilih pasangan hidup. Tidak mungkin kita dapat memiliki yang terbaik jika diri sendiri tidak berusaha menjadi yang terbaik juga. Perancangan juga harus teliti merangkumi segenap aspek; kewangan, keluarga, dan sebagainya. Sekurang-kurangnya setahun.. Jika difikir dalam-dalam, bukan mudah berkahwin. Tidak semudah menyebut perkataan 'kahwin' itu sendiri. Tasawwur perkahwinan itu, jika di hayati, semuanya berkait dengan hak dan tanggungjawab. Bukan suatu perkara main-main. Jadi, buat sahabat-sahabat semua, bersedia lah dan persiapkan diri untuk menjadi yang terbaik sebelum mahu mendapatkan yang terbaik... =) Terima kasih buat semua yang mendoakan hamba. Semoga kita semua menjadi antara kalangan yang terbaik, untuk mendapat yang terbaik juga.. Amin.. (n__n)~~


Saturday, September 25, 2010

Ibrah dari Kembara Salman Al-Farisi

Bismillahirrahmanirrahim...

Dari Abdullah bin Abbas Radliyallahu ‘Anhuma berkata, “Salman al-Farisi Radliyallahu ‘Anhu menceritakan biografinya kepadaku dari mulutnya sendiri. Kata Salman, “Saya pemuda Parsi, penduduk kota Isfahan, berasal dari desa Jayyan. Bapaku pemimpin Desa. Orang terkaya dan berkedudukan tinggi di situ. Aku adalah insan yang paling disayangi ayah sejak dilahirkan. Kasih sayang beliau semakin bertambah seiring dengan peningkatan usiaku, sehingga kerana teramat sayang, aku dijaga di rumah seperti anak gadis. Aku mengabdikan diri dalam Agama Majusi (yang dianut ayah dan bangsaku). Aku ditugaskan untuk menjaga api penyembahan kami supaya api tersebut sentiasa menyala.


Ayahku memiliki kebun yang luas, dengan hasil yang banyak Kerana itu beliau menetap di sana untuk mengawasi dan memungut hasilnya. Pada suatu hari bapa pulang ke desa untuk menyelesaikan suatu urusan penting. Beliau berkata kepadaku, “Hai anakku! Bapa sekarang sangat sibuk. Kerana itu pergilah engkau mengurus kebun kita hari ini menggantikan Bapa. Aku pergi ke kebun kami. Dalam perjalanan ke sana aku melalui sebuah gereja Nasrani. Aku mendengar suara mereka sedang sembahyang. Suara itu sangat menarik perhatianku. Sebenarnya aku belum mengerti apa-apa tentang agama Nasrani dan agama-agama lain. Kerana selama ini aku dikurung bapa di rumah, tidak boleh bergaul dengan siapapun. Maka ketika aku mendengar suara mereka, aku tertarik untuk masuk ke gereja itu dan mengetahui apa yang sedang mereka lakukan. Aku kagum dengan cara mereka bersembahyang dan ingin menyertainya.

Kataku, “Demi Allah! ini lebih bagus daripada agama kami."Aku tidak berganjak dari gereja itu sehinggalah petang. Sehingga aku terlupa untuk ke kebun.

Aku bertanya kepada mereka, “Dari mana asal agama ini?”

“Dari Syam (Syria),” jawab mereka.

Setelah hari senja, barulah aku pulang. Bapa bertanyakan urusan kebun yang ditugaskan beliau kepadaku.

Jawabku, “Wahai, Bapa! Aku bertemu dengan orang sedang sembahyang di gereja. Aku kagum melihat mereka sembahyang. Belum pernah aku melihat cara orang sembahyang seperti itu. Kerana itu aku berada di gereja mereka sampai petang.” Bapa menasihati akan perbuatanku itu. Katanya, “Hai, anakku! Agama Nasrani itu bukan agama yang baik. Agamamu dan agama nenek moyangmu (Majusi) lebih baik dari agama Nasrani itu!” Jawabku, “Tidak! Demi Allah! Sesungguhnya agama merekalah yang lebih baik dari agama kita.”

Bapa khuatir dengan ucapanku itu. Dia takut kalau aku murtad dari agama Majusi yang kami anuti. Kerana itu dia mengurungku dan membelenggu kakiku dengan rantai. Ketika aku beroleh kesempatan, kukirim surat kepada orang-orang Nasrani minta tolong kepada mereka untuk memaklumkan kepadaku andai ada kafilah yang akan ke Syam supaya memberitahu kepadaku. Tidak berapa lama kemudian, datang kepada mereka satu kafilah yang hendak pergi ke Syam. Mereka memberitahu kepadaku. Maka aku berusaha untuk membebaskan diri daripada rantai yang membelengu diriku dan melarikan diri bersama kafilah tersebut ke Syam. Sampai di sana aku bertanya kepada mereka, “Siapa kepala agama Nasrani di sini?”

“Uskup yang menjaga “jawab mereka.

Aku pergi menemui Uskup seraya berkata kepadanya, “Aku tertarik masuk agama Nasrani. Aku bersedia menadi pelayan anda sambil belajar agama dan sembahyang bersama-sama anda.”

‘Masuklah!” kata Uskup.
Aku masuk, dan membaktikan diri kepadanya sebagai pelayan.Setelah beberapa lama aku berbakti kepadanya, tahulah aku Uskup itu orang jahat. Dia menganjurkan jama’ahnya bersedekah dan mendorong umatnya beramal pahala. Bila sedekah mereka telah terkumpul, disimpannya saja dalam perbendaharaannya dan tidak dibahagi-bahagikannya kepada fakir miskin sehingga kekayaannya telah berkumpul sebanyak tujuh peti emas.Aku sangat membencinya kerana perbuatannya yang mengambil kesempatan untuk mengumpul harta dengan duit sedekah kaumnya. tidak lama kemudian dia meninggal. Orang-orang Nasrani berkumpul hendak menguburkannya.Aku berkata kepada mereka, ‘Pendeta kalian ini orang jahat. Dianjurkannya kalian bersedekah dan digembirakannya kalian dengan pahala yang akan kalian peroleh. Tapi bila kalian berikan sedekah kepadanya disimpannya saja untuk dirinya, tidak satupun yang diberikannya kepada fakir miskin.”

Tanya mereka, “Bagaimana kamu tahu demikian?”

Jawabku, “Akan kutunjukkan kepada kalian simpanannya.”

Kata mereka, “Ya, tunjukkanlah kepada kami!”

Maka kuperlihatkan kepada mereka simpanannya yang terdiri dan tujuh peti, penuh berisi emas dan perak. Setelah mereka saksikan semuanya, mereka berkata, “Demi Allah! Jangan dikuburkan dia!” Lalu mereka salib jenazah uskup itu, kemudian mereka lempari dengan batu. Sesudah itu mereka angkat pendeta lain sebagai penggantinya. Akupun mengabdikan diri kepadanya. Belum pernah kulihat orang yang lebih zuhud daripadanya. Dia sangat membenci dunia tetapi sangat cinta kepada akhirat. Dia rajin beribadat siang malam. Kerana itu aku sangat menyukainya, dan lama tinggal bersamanya.Ketika ajalnya sudah dekat, aku bertanya kepadanya, “Wahai guru! Kepada siapa guru mempercayakanku seandainya guru meninggal. Dan dengan siapa aku harus berguru sepeninggalan guru?” Jawabnya, “Hai, anakku! Tidak seorang pun yang aku tahu, melainkan seorang pendeta di Mosul, yang belum merubah dan menukar-nukar ajaran-ajaran agama yang murni. Hubungi dia di sana!”

Maka tatkala guruku itu sudah meninggal, aku pergi mencari pendeta yang tinggal di Mosul. Kepadanya kuceritakan pengalamanku dan pesan guruku yang sudah meninggal itu.

Kata pendeta Mosul, “Tinggallah bersama saya.”

Aku tinggal bersamanya. Ternyata dia pendeta yang baik. Ketika dia hampir meninggal, aku berkata kepada nya, “Sebagaimana guru ketahui, mungkin ajal guru sudah dekat. Kepada siapa guru mempercayai seandainya guru sudah tiada?”

Jawabnya, “Hai, anakku! Demi Allah! Aku tak tahu orang yang seperti kami, kecuali seorang pendeta di Nasibin. Hubungilah dia!”

Ketika pendeta Mosul itu sudah meninggal, aku pergi menemui pendeta di Nasibin. Kepadanya kuceritakan pengalamanku serta pesan pendeta Mosul.
Kata pendeta Nasibin, “Tinggallah bersama kami!” Setelah aku tinggal di sana, ternyata pendeta Nasibin itu memang baik. Aku mengabdi dan belajar dengannya sehinggalah beliau wafat. Setelah ajalnya sudah dekat, aku berkata kepadanya, “Guru sudah tahu perihalku maka kepada siapa harusku berguru seandainya guru meninggal?”

Jawabnya, “Hai, anakku! Aku tidak tahu lagi pendeta yang masih memegang teguh agamanya, kecuali seorang pendeta yang tinggal di Amuria. Hubungilah dia!”

Aku pergi menghubungi pendeta di Amuria itu. Maka kuceritakan kepadanya pengalamanku.Katanya, “Tinggallah bersama kami!

Dengan petunjuknya, aku tinggal di sana sambil mengembala kambing dan sapi. Setelah guruku sudah dekat pula ajalnya, aku berkata kepadanya, “Guru sudah tahu urusanku. Maka kepada siapakah lagi aku akan anda percayai seandainya guru meninggal dan apakah yang harus kuperbuat?”

Katanya, “Hai, anakku! Setahuku tidak ada lagi di muka bumi ini orang yang berpegang teguh dengan agama yang murni seperti kami. Tetapi sudah hampir tiba masanya, di tanah Arab akan muncul seorang Nabi yang diutus Allah membawa agama Nabi Ibrahim. Kemudian dia akan berpindah ke negeri yang banyak pohon kurma di sana, terletak antara dua bukit berbatu hitam. Nabi itu mempunyai ciri-ciri yang jelas. Dia mahu menerima dan memakan hadiah, tetapi tidak mahu menerima dan memakan sedekah. Di antara kedua bahunya terdapat tanda kenabian. Jika engkau sanggup pergilah ke negeri itu dan temuilah dia!”

Setelah pendeta Amuria itu wafat, aku masih tinggal di Amuria, sehingga pada suatu waktu segerombolan saudagar Arab dan kabilah “Kalb” lewat di sana. Aku berkata kepada mereka, “Jika kalian mahu membawaku ke negeri Arab, aku berikan kepada kalian semua sapi dan kambing-kambingku.” Jawab mereka, “Baiklah! Kami bawa engkau ke sana.” Maka kuberikan kepada mereka sapi dan kambing peliharaanku semuanya. Aku dibawanya bersama-sama mereka. Sesampainya kami di Wadil Qura aku ditipu oleh mereka. Aku dijual kepada seorang Yahudi. Maka dengan terpaksa aku pergi dengan Yahudi itu dan berkhidmat kepadanya sebagai hamba. Pada suatu hari anak saudara majikanku datang mengunjunginya, iaitu Yahudi Bani Quraizhah, lalu aku dibelinya daripada majikanku. Aku berpindah ke Yastrib dengan majikanku yang baru ini. Di sana aku melihat banyak pohon kurma seperti yang diceritakan guruku, Pendeta Amuria. Aku yakin itulah kota yang dimaksud guruku itu. Aku tinggal di kota itu bersama majikanku yang baru. Ketika itu Nabi yang baru diutus sudah muncul. Tetapi baginda masih berada di Makkah menyeru kaumnya. Namun begitu aku belum mendengar apa-apa tentang kehadiran serta da’wah yang baginda sebarkan kerana aku terlalu sibuk dengan tugasku sebagai hamba.

Tidak berapa lama kemudian, Rasulullah saw. berpindah ke Yastrib. Demi Allah! Ketika itu aku sedang berada di puncak pohon kurma melaksanakan tugas yang diperintahkan majikanku. Dan majikanku itu duduk di bawah pohon. Tiba-tiba datang anak saudaranya mengatakan, “Biar mampus Bani Qaiah!( kabilah Aus dan Khazraj) Demi Allah! Sekarang mereka berkumpul di Quba’ menyambut kedatangan lelaki dari Makkah yang mendakwa dirinya Nabi.”

Mendengar ucapannya itu badanku terasa panas dingin seperti demam, sehingga aku menggigil kerananya. Aku kuatir akan jatuh dan tubuhku akan menimpa majikanku. Aku segera turun dari puncak ponon, lalu bertanya kepada tamu itu, “Apa kabar anda? Cubalah khabarkan kembali kepadaku!” Majikanku marah dan memukulku seraya berkata, “Ini bukan urusanmu! Kerjakan tugasmu kembali!” Keesokannya aku mengambil buah kurma seberapa banyak yang mampu kukumpulkan. Lalu kubawa ke hadapan Rasulullah saw..

Kataku “Aku tahu tuan orang soleh. Tuan datang bersama-sama sahabat tuan sebagai perantau. Inilah sedikit kurma dariku untuk sedekahkan kepada tuan. Aku lihat tuanlah yang lebih berhak menerimanya daripada yang lain-lain.” Lalu aku hulurkan kurma itu ke hadapannya. Baginda berkata kepada para sahabatnya, “silakan kalian makan,…!” Tetapi baginda tidak menyentuh sedikit pun makanan itu apalagi untuk memakannya. Aku berkata dalam hati, “Inilah satu di antara ciri cirinya!” Kemudian aku pergi meninggalkannya dan kukumpulkan pula sedikit demi sedikit kurma yang terdaya kukumpulkan. Ketika Rasulullah saw. pindah dari Quba’ ke Madinah, kubawa kurma itu kepada baginda. Kataku, “Aku lihat tuan tidak mahu memakan sedekah. Sekarang kubawakan sedikit kurma, sebagai hadiah untuk tuan.” Rasulullah saw. memakan buah kurma yang kuhadiahkan kepadanya. Dan baginda mempersilakan pula para sahabatnya makan bersama-sama dengannya. Kataku dalam hati, “ini ciri kedua!”

Kemudian kudatangi baginda di Baqi’, ketika baginda menghantar jenazah sahabat baginda untuk dimakamkan di sana. Aku melihat baginda memakai dua helai kain. Setelah aku memberi salam kepada baginda, aku berjalan mengekorinya sambil melihat ke belakang baginda untuk melihat tanda kenabian yang dikatakan guruku. Agaknya baginda mengetahui maksudku. Maka dijatuhkannya kain yang menyelimuti belakangnya, sehingga aku melihat dengan jelas tanda kenabiannya. Barulah aku yakin, dia adalah Nabi yang baru diutus itu. Aku terus memeluk bagindanya, lalu kuciumi dia sambil menangis.

Tanya Rasulullah, “Bagaimana khabar Anda?”

Maka kuceritakan kepada beliau seluruh kisah pengalamanku. Beliau kagum dan menganjurkan supaya aku menceritakan pula pengalamanku itu kepada para sahabat baginda. Lalu kuceritakan pula kepada mereka. Mereka sangat kagum dan gembira mendengar kisah pengalamanku.

Berbahagilah Salman Al-Farisy yang telah berjuang mencari agama yang hak di setiap tempat. Berbahagialah Salman yang telah menemukan agama yang hak, lalu dia iman dengan agama itu dan memegang teguh agama yang diimaninya itu. Berbahagialah Salman pada hari kematiannya, dan pada hari dia dibangkitkan kembali kelak. Salman sibuk bekerja sebagai hamba. Dan kerana inilah yang menyebabkan Salman terhalang mengikuti perang Badar dan Uhud. “Rasulullah saw. suatu hari bersabda kepadaku, "Mintalah kepada majikanmu untuk bebas, wahai Salman!" Maka majikanku membebaskan aku dengan tebusan 300 pohon kurma yang harus aku tanam untuknya dan 40 uqiyah.

Kemudian Rasulullah saw. mengumpulkan para sahabat dan bersabda, "Berilah bantuan kepada saudara kalian ini." Mereka pun membantuku dengan memberi pohon (tunas) kurma. Seorang sahabat ada yang memberiku 30 pohon, atau 20 pohon, ada yang 15 pohon, dan ada yang 10 pohon, setiap orang sahabat memberiku pohon kurma sesuai dengan kadar kemampuan mereka, sehingga terkumpul benar-benar 300 pohon. Setelah terkumpul Rasulullah saw. bersabda kepadaku, "Berangkatlah wahai Salman dan tanamlah pohon kurma itu untuk majikanmu, jika telah selesai datanglah kemari aku akan meletakkannya di tanganku."

Aku pun menanamnya dengan dibantu para sahabat. Setelah selesai aku menghadap Rasulullah saw. dan memberitahukan perihalku, Kemudian Rasulullah saw. keluar bersamaku menuju kebun yang aku tanami itu. Kami dekatkan pohon (tunas) kurma itu kepada baginda dan Rasulullah saw. pun meletakkannya di tangan baginda. Maka, demi jiwa Salman yang berada di tanganNya, tidak ada sebatang pohon pun yang mati. Untuk tebusan pohon kurma sudah dipenuhi, aku masih mempunyai tanggungan wang sebesar 40 uqiyah. Kemudian Rasulullah saw. membawa emas sebesar telur ayam hasil dari rampasan perang. Lantas baginda bersabda, "Apa yang telah dilakukan Salman al-Farisi?" Kemudian aku dipanggil baginda, lalu baginda bersabda, "Ambillah emas ini, gunakan untuk melengkapi tebusanmu wahai Salman!"

"Wahai Rasulullah saw., bagaimana status emas ini bagiku? Soalku inginkan kepastian daripada baginda. Rasulullah menjawab, "Ambil saja! Insya Allah, Allah Subhanahu wa Ta’ala akan memberi kebaikan kepadanya." Kemudian aku menimbang emas itu. Demi jiwa Salman yang berada di tanganNya, berat ukuran emas itu 40 uqiyah. Kemudian aku penuhi tebusan yang harus aku serahkan kepada majikanku, dan aku dimerdekakan.

Setelah itu aku turut serta bersama Rasulullah saw. dalam perang Khandaq, dan sejak itu tidak ada satu peperangan yang tidak aku ikuti.’

(HR. Ahmad, 5/441; ath-Thabrani dalam al-Kabir(6/222); lbnu Sa’ad dalamath-Thabagat, 4/75; al-Balhaqi dalam al-kubra, 10/323.)



:: Merenung sejenak dan mengambil ibrah dari kembara Salman Al-Farisi. Allahu Rabbi... hamba kagumi kembara tokoh ini dalam mencari kebenaran dan kecintaannya kepada Deenul Haq ini. Dalam susah payahnya mencari yang haq, akhirnya Salman Al-Farisi di beri Allah hidayah itu, lantas di GENGGAM dan di DUKUNGINYA hingga akhir hayat.Sama-sama koreksi diri, tadhiyyah dan kesungguhan kita sekadar mana, atau hanya mampu bergelumang dengan alasan. Sedangkan Allah telah meminjamkan peluang dan nikmat ini buat para dai'e agar terus menjadi menyambung perjuangan Nabi Junjungan. Kita bisa beralasan dengan manusia, tapi haruslah kita bimbang, andai dalam kita tidak sedar, diri kita sedang beralasan dengan Allah S.W.T. Ayuh para amilin,jangan kita lesu... ::

Wednesday, September 22, 2010

Hikmah Solat Jamaah; Tamsilan Dalam Berorganisasi

Ayuh kita berfikir sejenak...

Ketika solat, semua makmum akan mengikuti iman dengan baik, saf perlu lurus dan tersusun, makmum tidak boleh mendahului imam ketika solat, pergerakan solat makmum berlaku secara teratur mengikut 'arahan' (laungan takbir) daripada imam, makmum tidak boleh ketinggalan melebihi dua rukun solat (atau mereka akan dikira sebagai tidak lagi mengikut imam) dan beberapa lagi peraturan yang telah ditetapkan di dalam solat. Apa hikmah yang tersembunyi disebalik semua peraturan ini? Kenapa ditetapkan sedemikian? Apa hikmah disebalik aturan tersebut? Apa yang pasti, setiap sesuatu yang ditetapkan Allah SWT pasti ada hikmah yang tersembunyi disebaliknya. Dan memang benar, ada pengajaran yang tersebunyi disebaliknya.

Solat berjemaah secara tidak langsung sebenarnya mengajar kita cara untuk berorganisasi. Seringkali kita dengar bahawa organisasi yang baik perlu kepada seorang pemimpin yang berkaliber, bijak dan berpandangan jauh. Namun demikian, kita juga perlu sedar bahawa pemimpin yang baik tanpa pengikut yang baik juga akan menyebabkan berlaku pelbagai kesukaran di dalam berorganisasi.

Pernahkah anda mendengar akan kisah tentera Thalut? Kisah ini terjadi sesudah zaman Nabi Musa di mana masyarakat Bani Israel telah meminta kepada nabi mereka iaitu Nabi Samuel untuk mengangkat seorang raja bagi memerangi Jalut dan pengikutnya yang telah mengusir mereka dari kampung halaman mereka. Jalut adalah seorang panglima perang yang besar, gagah dan sangat ditakuti. Allah SWT telah memilih Thalut untuk memimpin Bani Israel bagi menentang Jalut. Di pendekkan cerita, di dalam perjalanan menuju ke medan perang, tentera Thalut telah melalui sebatang sungai. Thalut telah menasihatkan agar anggota tenteranya tidak minum dari sungai tersebut melainkan hanya satu cedok air sahaja. Namun demikian, terdapat sebilangan pengikutnya yang tidak mengendahkan arahan tersebut yang minum air sepuas-puasnya. Akibatnya, mereka hilang semangat untuk berperang (akibat kekenyangan).

Thalut meneruskan perjalanannya menuju ke medan perang meninggalkan pengikut-pengikutnya yang melanggar perintah. Walaupun jumlah yang pergi berperang adalah sedikit berbanding sebelumnya, namun mereka yang pergi berperang tersebut terdiri daripada pengikut-pengikut yang taat pada perintah. Salah seorang yang berada di dalam tentera Thalut ketika itu adalah Nabi Daud AS yang ketika itu masih remaja. Dan dengan izin Allah SWT, tentera Thalut berjaya menewaskan tentera Jalut dan Nabi Daud AS sendiri telah membunuh Jalut.

Kisah tadi menceritakan akan betapa sesuatu organisasi yang walaupun kecil dari segi saiz, namun kualiti mereka yang berada di dalam organisasi tersebut dan dengan izin Allah, menyebabkan mereka berjaya mencapai matlamat mereka.

Solat berjemaah sebenarnya mendidik kita agar menjadi pengikut yang baik. Terdapat beberapa pengajaran daripada solat berjemaah yang dapat kenalpasti.

1. Imam perlu mengetahui bacaan surah-surah penting dan beberapa perkara asas sebelum boleh menjadi imam.
Pengajaran: Pemimpin perlu mempunyai ilmu asas dalam kepimpinan sebelum layak menjadi pemimpin.

2. Makmum tidak boleh mendahului imam dan harus mengikut imam tanpa tertinggal sehingga 2 rukun solat.
Pengajaran: Pengikut harus sentiasa bersama-sama dengan pemimpin di dalam melaksanakan sesuatu agenda (tidak boleh mendahului atau ketinggalan).

3. Makmum boleh menegur imam bagi perkara-perkara yang melibatkan rukun dan makmum boleh mufarakah (meniggalkan imam) jika solat imam terbatal. Namun demikian, jika imam tertinggal perkara sunat, makmum perlu ikut imam dan tidak perlu tegur akan hal tersebut.

Pengajaran: Pemimpin boleh ditegur jika melakukan kesalahan dan pengikut boleh meninggalkan pemimpin jika pemimpin melakukan kesalahan yang berat. Namun demikian, adalah lumrah jika pemimpin melakukan kesilapan kecil (pemimpin juga manusia) atau tersilap di dalam membuat keputusan (dalam hal-hal yang tidak kritikal/rukun) dan pengikut perlu mengikut dan memberi sokongan pemimpin.


Contoh: Pemimpin ada lancarkan suatu program namun program tersebut kurang berjaya. Pengikut yang baik sepatutnya tidak mengutuk secara terbuka akan kegagalan program tersebut kerana ini akan menjejaskan semangat berpasukan organisasi tersebut selain berpotensi untuk mewujudkan keretakan di dalam organisasi.

Mungkin terdapat banyak lagi pengajaran dan hikmah yang tersembunyi di dalam ibadat solat. Maha Suci Allah yang telah menjadikan segala sesuatu tanpa sia-sia. Solat yang Allah wajibkan keatas kita sebenarnya mempunyai pelbagai manfaat yang menguntung mereka yang mengamalkannya.

Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?




kredit : syedzai.blogspot.com

Tuesday, September 21, 2010

Ketika ALLAH Memilihmu Untukku...


Padamu yang Allah pilihkan dalam hidupku..
Ingin ku beri tahu padamu..
Aku hidup dan besar dari keluarga bahagia..
Orang tua yg begitu sempurna..
Dengan cinta yg begitu membuncah..
Aku dibesarkan dgn limpahan kasih yang tak terhingga..
Maka, padamu ku katakan..
Saat Allah memilihmu dalam hidupku,
Maka saat itu Dia berharap, kau pun sanggup melimpahkan cinta padaku..
Memperlakukanku dgn sayang yang begitu indah..




Padamu yang Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, aku hanya wanita biasa dengan begitu banyak kekurangan dalam diriku,
Aku bukanlah wanita sempurna, seperti yang mungkin kau harapkan..
Maka, ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Dia ingin menyempurnakan kekuranganku dgn keberadaanmu.
Dan aku tahu, kau pun bukanlah lelaki yang sempurna..
Dan ku berharap ketidaksempurnaanku mampu menyempurnakan dirimu..
Kerana kelak kita akan satu..
Aibmu adalah aibku, dan indahmu adalah indahku,
Kau dan aku akan menjadi 'kita'..




Padamu yg Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, sejak kecil Allah telah menempa diriku dgn ilmu dan tarbiyah,
Membentukku menjadi wanita yg mencintai Rabbnya..
Maka ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Allah mengetahui bahwa kau pun telah menempa dirimu dgn ilmuNya..
Maka ganding tanganku dalam mengibarkan panji-panji dakwah dalam hidup kita..
Itulah visi pernikahan kita..
Ibadah pada-Nya ta'ala..


Padamu yg Allah tetapkan sebagai nahkodaku..
Ingatlah.. Aku adalah mahlukNya dari tulang rusuk yang paling bengkok..
Ada kalanya aku akan begitu membuatmu marah..
Maka, ketahuilah.. Saat itu Dia menghendaki kau menasihatiku dengan hikmah,
Sungguh hatiku tetaplah wanita yg lemah pada kelembutan..
Namun jangan kau coba meluruskanku, karena aku akan patah..
Tapi jangan pula membiarkanku begitu saja, kerana akan selamanya aku salah..
Namun tatap mataku, tersenyumlah..
Tenangkan aku dgn genggaman tanganmu..
Dan nasihati aku dgn bijak dan hikmah..
Nescaya, kau akan menemukanku tersungkur menangis di pangkuanmu..
Maka ketika itu, kau kembali memiliki hatiku..




Padamu yang Allah tetapkan sebagai atap hunianku..
Ketahuilah, ketika ijab atas namaku telah kau lontarkan..
Maka dimataku kau adalah yang terindah,
Kata-katamu adalah titah untukku,
Selama tak bermaksiat pada Allah, akan ku penuhi semua perintahmu..
Maka kalau kau berkenan ku meminta..
Jadilah hunian yg indah, yang kukuh…
Yang mampu membuatku dan anak-anak kita nyaman dan aman di dalamnya..




Padamu yang Allah pilih menjadi penopang hidupku…
Dalam istana kecil kita akan hadir buah hati-buah hati kita..
Maka didiklah mereka menjadi generasi yg dirindukan syurga..
Yang di pundaknya akan diisi dgn amanah-amanah dakwah,
Yang ruh dan jiwanya selalu merindukan jihad..
Yang darahnya mengalir darah syuhada..
Dan ku yakin dari tanganmu yg penuh berkah, kau mampu membentuk mereka..
Dengan hatimu yg penuh cinta, kau mampu merengkuh hati mereka..
Dan aku akan selalu jatuh cinta padamu..




Padamu yang Allah pilih sebagai imamku…
Ku memohon padamu.. redhalah padaku,
Sungguh redhamu adalah redha Ilahi Rabbi..
Mudahkanlah jalanku ke Surga-Nya..
Kerana bagiku kau adalah kunci syurgaku..



Alhubb fillah...



::: Hamba tujukan khas buat sahabat2 yang telah dan bakal melangsungkan walimah....mohon maaf ada yang hamba tidak dapat hadir ke majlis walimahnya. Juga teristimewa buat sahabat, Ukhti Zulfa (kak pa) yang hamba kasihi dan Ustaz Fahmi... smoga Baitul Muslim yg dibina di berkati dan kekal bahagia hingga akhir menuju syurga abadi..mabruk wa barakallah alaik... "Insyaallah ana akan hadir ke walimahnya ye ukhti... :)"

Monday, August 2, 2010

KUSZA...UDM...UniSZA...

Hilangnya generasi Al-fateh dan Salahuddin Al-ayubi...
sedih dan kecewa saat membaca entri seorang sahabat.. perkara yang hamba sudah jangka kesannya beberapa tahun lepas kini benar-benar berlaku...TAHNIAH KERAJAAN TERENGGANU!!!! TAHNIAH KERAJAAN SATU MALAYSIA!!!

Masjid KUSZA



Dipetik dari http://ibnugharib.blogspot.com


Assalamualaikum wbt..
Enti kali ini suka untuk ana bercerita berkenaan dengan "bumi" yang banyak meninggalkan kenangan untuk ana. KUSZA-UDM-UNiSZA. Ketiga2 nama ini merupakan tempat yang sama. Hanya nama sahaja ditukar.
KUSZA MAKIN GANAS SELEPAS TUKAR NAMA
Nama asalnya Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA). Kemudian bagi memenuhi janji Barisan Nasional (BN) untuk mewujudkan sebuah universiti di Terengganu, ia tiba-tiba bertukar menjadi Universiti Darul Iman Malaysia (UDM).Apabila nama UDM itu banyak menimbulkan masalah terutama dalam hubungan dengan istana, maka ia bertukar lagi menjadi Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

KUSZA asalnya terkenal sebagai sebuah pusat pengajian tinggi Islam di negara ini yang telah banyak melahirkan graduannya di serata tempat di seluruh negara. Para pelajarnya mempunyai identiti tersendiri dengan penampilan Islam yang jelas, sama ada dari segi berpakaian mahupun akhlak. Disiplin berkait dengan sakhsiyyah sangat ketat dan ditekankan.

Tetapi apabila namanya ditukar kepada UDM dan diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan, semua identiti murni itu lenyap bersama lenyapnya nama KUSZA yang begitu harum itu. Suasana itu berterusan walaupun kini ia ditukar nama lagi dengan UniSZA.

'Islam' seolah-olah tidak kelihatan lagi di situ. Penampilan pelajarnya sama dengan pelajar pusat-pusat pengajian tinggi lain dengan pelbagai ragam dan fesyen termasuk yang panas-panas. Akhlak pelajarnya juga menjadi semakin teruk.

Contoh terbaru, apabila pihak UniSZA mengadakan Pesta Konvokesyen sempena Majlis Konvokesyen dan Pemasyhuran Canselornya pada 25 hingga 27 Julai 2010. Acara-acara yang diatur dalam pesta itu cukup hebat dengan pelbagai aneka hiburan yang boleh kita saksikan sendiri daripada poster di atas.

Kalau inilah rupanya pusat pengajian kita, apakah boleh kita harapkan lahir daripadanya manusia yang tunduk patuh kepada Allah? Fikirkanlah...
-Terpulang pada kalian dalam menilai artikel di atas.


link: http://syabrahubaidah.blogspot.com/

Mengimbas kenangan....
Ana menerima tawaran belajar di KUSZA pada tahun 2004.(DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM SYARIAH) Tak silap dalam 4 MEI 2004. Oleh kerana masih ragu-ragu untuk memilih tempat belajar iaitu antara Form 6 SMKA Sultan Azlan Syah Perak, SMAP LABU N9 & Kusza , tawaran ini ana tolak. Ntah macam mana, dipujuk oleh mak saudara dan sepupu ketika itu membuatkan keinginan untuk menyambung pelajaran di KUSZA melonjak-lonjak..antara sebab terima ialah kedudukannya yg dekat dgn pantai..=)

Jadi, ana pun menghubungi pihak pntadbiran KUSZA. Alhamdulillah, ana dibolehkan untuk mendaftar pada 20 Mei 2004. Lewat 2 minggu dari tarikh pendaftaran. Kelam kabut juga membuat urusan utk masuk kusza, dgn urusan medical chekup dsb. Sehari selepas mendaftar, ana diminta untuk terus masuk ke kelas. Agak terkejut dengan suasana yang baru. Dengan keadaan yang masih belum mengenali sistem universiti dan masih belum mengenal bangunan2 kuliah dan Dewan Kuliah Utama pengajian terpaksa diteruskan. Semua ni sebab terlepas dr minggu orientasi yang bermula pada 4Mei.


Berdasarkan khabaran dari sahabat2 yg mengikut orientasi memang 'syadid' pembawakannya. Student diminta untuk memakai tudung labuh bewarna putih(akhawat). Pelajar baru juga dibekalkan dengan buku "Maza ya'ni" karangan Dr. Fathi Yakan, Makthurat, disamping barang2 lain seperti beg, baju sukan dbg..Senior2 yg handle orientasi juga amat baik dan wara' perwatakannya. Marah-marah tu biasala..cz nak disiplinkan student. Bagi ana suasana ini amat perlu untuk membentuk syakhsiah yang baik. Bi'ah Islamiah amat2 ditekankan pada ketika itu, ikhtilat (ikhwh&;akhwat) amat dijaga..


Apa yang ana nak katakan di sini ialah suasana yg ana khabarkan tadi terus berubah dengan mendadak pada tahun 2005. Adik2 pada tahun itu sudah tidak dibekalkan dengan "Maza ya'ni" & Makthurat. Tudung labuh juga tidak diwajibkan. Malah, student2 baru ni dibekalkan dengan tudung 4 segi yang jarang dan pendek. Ikhtilat tidak dijaga. Soal solat atau tak, tidak diambil endah. Suasana BENAR2 BERUBAH !.memang sedih. MPP pada ketika itu diperkudakan untuk membawa satu suasana "baru" untuk mahasiswa sesi 2005. Ana hanya mempu memerhatikan sahaja. Senior2 yang dipilih untuk handle orientasi hanya golongan2 yang meyokong pentadbiran.


Alhamdulillah..peluang yang ada diambil manfaat sepenuhnya. Adik2 ini ana dekati melalui musolla(surau).Semangat dan dorongan utk sabar dengan keadaan sebegitu dititipkan buat mereka. Terdengar rintihan segelintir siswi yang tidak selesa dengan keadaan itu. Hanya sabar dan istiqamah dalam membenteng diri agar tidak terpengaruh dengan keadaan itu. Bagi ana, suasana ini terkesan dengan keadaan politik semasa. Pilihanraya Umum pada tahun 2004 berpihak pada Barisan Nasional & UMNO. Semuanya berubah selepas tahun 2004. Fahaman sekular diserap masuk dalam KUSZA dan nama KUSZA ditukar pada UDM juga antara manifesto BN apabila memenangi PR. Politik kotor kerajaan ni membarah dan menanah. Mahasiswa yang baru nak mengenal alam kampus terpaksa menanggung nanah dan darah kerajaan BN.


Inilah keadaan yang berlaku apabila Al-Quran & Sunnah tidak dijadikan panduan. Bagaimana mahasiswa/wi yang berakhlak mulia dapat dilahirkan andai Pimpinan dan Kerajaan yang songsang dari ajaran Agama? Politik kampus memang teruk. Pada tahun 2005 (kalau xsilap) Persatuan Pelajar Islam Kusza(PPIK) pada ketika itu dibubarkan serta merta hanya melalui notis. Notis ini ditampal tanpa melalui pilihanraya..banyak lagi sebenarya perubahan teruk yang dilakukan oleh pentadbiran yang berhaluan BN. Sehinggakan Pak Cik Jaga (pak guard) yang tidak berhaluan BN diberhentikan..atau istilah yg lebih tepat dipecat! Bas ditukar dari warna hijau ke merah dll lagi...



Hinggalah pada tahun ini.............

UDM ditukar sekali lagi menjadi UNiSZA. Pening bila difikir. Cuba bayangkan apabila satu2 nama ditukar. Sudah tentu banyak membazirkan wang. Nak cetak surat, lambang, baju, logo2 persatuan, pintu masuk dan semuanya perlu diubah. Takkan semua ini pakai air liur je kan..Duit sape? Bukan ke duit rakyat juga? Harga barangan keperluan naik, minyak naik sebab Kerajaan gunakan duit untuk benda yang sia-sia. Inilah akibat yang rakyat perlu tanggung dari KESALAHAN KERAJAAN. Lagi baik jika dilaburkan utk aktiviti pembangunan rohani, kebajikan dsb.


Maaf, andaikata ada yang tidak senang dengan coretan ini. Ini hanya pandangan peribadi. Politik perlu dimurnikan semula dengan menjadikan Islam sebagai matlamat. Pimpinan perlu dipilih dikalangan individu atau parti yang menjadikan Al-Quran sebagai matlamat. Andai kita ingin melihat generasi akan datang, anak2 dan cucu kita selamat, berakhlak mulia dan berfikiran islam, kita perlu bertindak dari sekarang. Pilihan di tangan kita.

Salam Satu Malaysia, Satu Aqidah, Satu pegangan, Satu fikrah dan Satu Amal.=)


p/s : Buat insan2 yang masih di bumi KUSA-UDM-UNISZA ana doakan kalian istiqamah di jalan yag benar. Moga tidak terkesan dengan dakyah-dakyah Yahudi yang diserap masuk. Bentengkan diri dengan syariat. Dekati dan makmurkan semula musolla-musolla dan hadiri tazkirah & majlis-majlis Ilmu. Jaga penampilan kalian(tutup aurat dgn sempurna) dan batasilah pergaulan kalian dengan bukan mahram -elak ikhtilat tidak syarie. Moga rahmat Allah bersama kalian..Ameen.


Doa Supaya Ditetapkan Hati Dan Pendirian


"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.
(Ali-Imran : 8)


Salam dari Perlembahan Nil, Mansurah Mesir,
Fadhilah Esa
Ex-KUSA-UDM 2004-2007

Monday, July 26, 2010

Bismillah...

Saat pertama kali selepas pertemuan bersama adik seusrah, terasa sungguh berat amanah dan tanggungjawab yang perlu di pikul. Entah kenapa, usai berusrah, langsung ke kolej tujuh untuk bertemu adik seusrah di sana pula. Cadang mahu maghrib di sana. Dalam perjalanan, terasa sebak di hati tatkala teringat harapan adik seusrah hamba...


Harapan mereka, juga harapan hamba agar Islam terus menyinar dan berada di puncak tertinggi menjadi topik bualan kami usai solat asar. Tersentuh hati hamba saat si adik meluahkan rasa sedih, bimbang dan gusar saat berdepan suasana yang menjanjikan keseronokan duniawi buat si syabab. Sebak si adik bercerita. Hamba dapat merasakan betapa gusarnya si adik untuk menghadapi cabaran dan tribulasi yang mendatang. Di sudut yang lain, Hamba melihat betapa si adik cukup cinta dan rindu biah solehah. Dan hamba berkira-kira, begitu juga cita, harap dan rasa seluruh warga kampus hijau ini. Hamba biar si adik meluah rasa. Dalam diam terselit rasa kagum dengan adik hamba yang seorang ini. Jiwa muslimahnya cukup kuat. Begitulah fitrah manusia...Islam tetap di hati, namun zulumat mengaburi. Namun, andai Hidayah Ilahi datang menyapa, nikmat Islam itu pasti terasa... Jiwa daie berbisik "aku harus tegar, tidak boleh lagi banyak bermain... mad'u menanti harus ku santuni... sebagaimana tinggi harapan mereka mahu di puput hidayahNya, begitu juga harapan aku agar terus istiqamah menjadi penyambung mata rantai perjuangan Islam..."


"Ya Allah yang berkuasa membolak balikkan hati kami, tetapkanlah hati-hati kami dalam ketaatan dan teguh di jalan dakwahMu....Amin Ya Rabb..."

Tuesday, July 13, 2010

HIJRAHKU....

Pernah hati ini terguris
Dengan fitnah dan tohmahan menghiris
Sehingga terasa diri ini hina
Kerana tiada siapa yang sudi membela
Kutabahkan hatiku harungi hidup
Biarpun tiada siapa yang menemani
Keseorangan aku di lautan sepi
Ditinggalkan mereka yang ku percayai

Namun ku tahu ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri
Kuserahkan segala padaMu Tuhan
Yang berkuasa jua mencipta
Kerana engkau MAha Mengetahui
SEgala apa yang terbuku di hati

Ya Allah tidakku terdaya lagi
Menahan dugaan yang mencabar ini
Terasa bagai noktah telah kutemui
Mengakhiri segala yang telah ku mulai
Ya Allah engkau lindungilah aku
Bekalkanlah daku dengan limpahan iman
Agar tabahku menghadapi dugaan
Agar tidakku berhenti di pertengahan

Kini di sini aku berdiri
Bersama harapan yang tulus suci
Agar terbitlah kembali menteri pagi
Setelah malamku berkalut benci



"MAAF" Satu perkataan yang mudah tapi kadang2 sukar diluahkan. Dalam kehidupan kita sehari banyak perkara yang kita lalui. Tanpa kita sedar dalam kita leka melayari kehidupan kita seharian, kita sering melukakan hati orang2 disekeliling kita, orang2 yang kita sayangi!

Cukupkah sekadar dengan sekadar mengucapkan MAAF? Terubatkah hati2 yang kita lukakan?

Selagi kita bergelar manusia, kesilapan merupakan perkara yang paling sukar dielakkan. Adakalanya kesilapan itu terpaksa dilakukan untuk melindungi sesuatu. Terpulang pada hati untuk menilai wajarkah sesuatu kesilapan itu dimaafi. Adakalanya ego perlu diletakkan ketepi. Dengarlah pada kata hati!”





Usai kuliah pertama, hamba cukup bersemangat dan bermotivasi. Kelas interpersonal skills cukup terkesan pada diri hamba. “habluminallah, wa hablum minannas…bila lihat pada sesuatu keadaan atau seseorang, fikirkanlah dahulu yang positif..” itulah pesan Pak Ngah, pensyarah subjek. Entah kenapa, hamba merasa kalamNya berbicara, membuka mata dan hati yang sarat zulumat dan mazmumah.. Ya Allah yang memegang hati-hati insani, semoga nikmat Islam, Iman dan rasa kehambaan terus-terusan mengalir dalam jiwa dan diri dan semoga semester baru ini membuka lembaran baru dalam kembara hidup hamba…Amin ya Rabb..



*kredit: iluv islam.com & nasyeed.com

Sunday, May 30, 2010

KUSZA Part II : (Tarbiyyah)

Kasih dan cinta yang terbina, ia kan selamanya... hooo.. selamat berjuang sahabatku, semoga Allah berkatimu, kenangan indah bersamamu, takkan ku biar ia berlalu... “Assalammualaikum...” Wawa muncul dari balik pintu. “Waalaikumsalam..aik? dari mana tadi. Bilik kak pah ek?” tanya hamba pada sahabat karib yang seorang ini sambil melirik jam di tangan. Pukul 10.30 malam. “A’ah...kami study bilik dia tadi. Dengar carta nasyid IKIM ke?” “ A’ah.. sambil-sambil bukak buku ni haa.. de keje sikit nak kene siapkan. Hemm,kami suka la lagu ni..syahdu je. Ke mane la kita semua lepas grad nanti yek..?” tanya hamba dengan muka sepuluh sen. “Ish, jangan fikir dulu la. Lambat lagi masa tu. Asal hang tak lupa kami sudah la... eh, hang ni dah makan belum?” pintas Wawa. “Ok-ok..kami tak lupanya kat hang. A’ah la, tetiba lapar la pulak... jom makan kat Corner F” Hamba hanya tersengih-sengih memandang Wawa. “Jom!”.
“Minggu ni hari Sabtu malam ada pertandingan debat,” Wawa membuka bicara. “Yeke..buat kat DKU ek? Jom pegi..” ajak hamba. Pertandingan debat memang menjadi kegemaran hamba sejak di bangku sekolah lagi. Tidak pernah jemu untuk mengikuti program ‘sihat’ seperti itu. DKU tempat kebiasaannya aktiviti pelajar dibuat. Memang menjadi kelaziman para pelajar di KUSZA setiap hujung minggu padat dengan aktiviti-aktiviti yang bersifat ilmiah. Forum, debat, dan kuliah agama adalah pemandangan biasa di sana. Kehadiran warganya juga tidak pernah mengecewakan. Penuh sahaja Dewan Kuliah Utama (DKU) itu acapkali program diadakan. Hampir penuh sampai di luar pintu dewan. Tak kurang juga yang sanggup berdiri dan duduk di lantai dewan hanya untuk hadir ke program. Tidak perlu publisiti meluas sampai perlu menggantung banner yang kekadang berhabis sampai ratusan ringgit, namun kehadiran warganya cukup mengagumkan. “Ramai betul yang datang. Nasib datang awal, dapat gak tempat” bisik hamba pada Wawa. Malam itu hamba datang dengan beberapa sahabat Usuluddin. “Yang Berhormat tidak dibenarkan sama sekali mengeluarkan hujah menggunakan hadith atau ayat Al-Quran sepanjang perdebatan berlangsung,” Pengerusi tetap membaca beberapa syarat sebelum debat berlangsung. Suasana cukup hangat bagaikan dalam Parlimen. Warga KUSZA terutamanya pelajar muslimin turut menjadi ‘nasi tambah’ dengan memberi sorakan dan sokongan kepada wakil sekolah masing-masing. Mujur Pengerusi tetap pandai mengawal suasana. Perdebatan di antara Sekolah Pengajian Islam (SPI) dan Sekolah Pengajian Undang-undang (SPU) bagaikan pertembungan buku dengan ruas. Kebetulan wakil SPI kesemuanya pendebat muslimin sementara wakil SPU adalah pendebat muslimat. Sungguhpun begitu, debat berlangsung dengan penuh santun, tegas dan hikmah beserta lontaran fakta dan hujah dari kedua pihak. “Wah, mantap betul diaorang berdebat tadi,” Zue bagaikan mengulas. “A’ah..Alhamdulillah SPI menang. Tak sangka jugak boleh menang. SPU pun hebat juga hujahnya tadi kan” tambah Hanan. Kami yang lain turut mengiyakan. Di KUSZA, nama beberapa pelajar seperti Ustaz Hariri, Ustaz Halizal, Ustaz Razlan dan Ukhti Darwin Nashqim tidak asing lagi kerana mereka antara kalangan pendebat terbaik KUSZA dan di kenali di kalangan pensyarah serta para pelajar. Penyuburan dan pembudayaan ilmu di KUSZA menjadikan warganya cakna dan tidak pernah jemu mencari dan mencintai ilmu.
Menjadi kebiasaan setiap Jumaat pagi akan di adakan kokurikulum berkredit untuk pelajar. Ada juga memasang niat mahu mengikuti kursus Ilmu Falaq tapi Hamba dan beberapa orang sahabat lebih berat memilih untuk mengikuti kelas Al-Quran dan Tajwid sebagai pilihan untuk subjek kokurikulum berkredit. “Ambik Ilmu Falaq time final year nantilah,” niat hamba dalam hati di waktu itu. Tapi sampai ke sudah tiada rezeki untuk mengambil kursus itu. Sengaja hamba memilih untuk mengikuti kelas Quran tajwid tersebut dengan niat mahu memperbaiki dan menambah ilmu dalam hukum tajwid dan menghayati keindahan Al-Quran. Tambahan pula salah satu subjek kursus yang wajib diikuti oleh para pelajar dari sekolah bukan pengajian Islam adalah Al-Quran Tajwid. Serba sedikit dapatlah hamba menambah kefahaman dalam ilmu Al-Quran ini dan topup apa yang di ajar oleh ustaz ketika dalam kuliah. Ustaz Mizan adalah guru yang mendidik kami di waktu itu. Kelas Al-Quran yang cukup berkesan dan menghiburkan. Tak pernah kering gusi kami mendengar cerita dan pengalaman hidup ustaz yang bercakap dengan loghat Terengganunya. Ceria sahaja suasana dalam kelas. Tidak sedikit pun terasa mengantuk atau bosan walaupun kelas berlangsung selama 3jam setengah. Ustaz cukup berhikmah dalam mendidik. Masa kan tidak, ustaz Mizan adalah guru Al-Quran yang di segani dan di kenali di Kuala Terengganu. Acapkali juga beliau mengajar dan memberi kuliah di sekitar Kuala Terengganu. Kebiasaannya ustaz akan mengaitkan sirah, pengalaman beliau dengan bab pelajaran kami pada hari itu. Seronok kami mendengar pengalaman ustaz dari zaman sekolah sehingga beliau melanjutkan pengajian di Mesir. “warottilil qur’ana tartila.. dan bacalah al-quran dengan tartil(elok) –muzammil: ayat 4-“ pesan ustaz kepada kami, anak muridnya... teringat ketika mengadakan lawatan di Ma’ahad Tahfiz Padang Midin, ustaz sempat memberi taklimat; lebih kepada ceramah hamba kira..senak perut kami menahan ketawa. Ustaz yang kami kasihi ini memang punya sense of humor tapi kekadang tegas. Ketika final exam di dewan besar, ustaz sempat memberi kata-kata semangat kepada kami untuk menjawab soalan dan sempat berseloroh dengan anak muridnya. Hilang sedikit rasa gementar kami hendak menjawab soalan. Hamba dan sahabat-sahabat lain merasa cukup bertuah dapat belajar di bawah didikan dan bimbingan Ustaz Mizan. Ah! Bahagianya saat itu. Gembira mengalir dalam keberkatan saat menangguk dan menadah ilmu dari sang murobbi...