Bismillah walhamdulillah...
Maha Suci Allah, Rabb Pencipta Sekelian Alam
Yang Punya Kuasa Membolak- balikkan Hati-hati hambaNya...
Yang Memimpin HambaNya saat tersungkur di sepanjang kembara perjalanan
Yang Menyimbah Cahaya dan Sinar Indahnya Iman dan Taqwa buat hambaNya yang lemah dan hina..
Dan Yang berjanji Mengangkat Martabat hamba-hambaNya yang beriman
Terlalu lama tidak mencoret kata. Sempat juga berhabuk dan bersawang blog usang hamba ini. Bermacam-macam juga peristiwa yang sempat menyinggah di sepanjang kembara hamba berkelana di alam fana ini. Ada suka, duka, manis, dan kekadang terjatuh dan tersungkur. Semangat anak muda.. itu yang pasti.. Namun itulah rencam kehidupan. Harus hamba depani lantaran aturan dariNya begitu. Sang Pencipta mahu menguji iman dan taqwa si hamba, yang siap berjanji sejak dari alam ruh lagi. Maka hamba harus senantiasa sedar akan hakikat itu. Hati-hati dalam melangkah lantaran Saidina Umar r.a. pernah bertanya kepada seorang sahabat bernama Ubai bin Ka'ab r.a. makna taqwa. Lalu Ubai bertanya kepada Umar :
"Adakah engkau pernah melalui satu jalan yang berduri? Jawab Umar: "Ya". Tanya Ubai lagi: "Apakah yang kamu lakukan untuk melalui jalan tersebut?". Jawab Umar : "Aku melangkah dengan waspada dan berhati-hati". Balas Ubai : "Itulah yang dikatakan taqwa".
Syukur tidak terhingga hamba diberi dengan seizinNya menikmati nikmat ukhuwwah dan indahnya kembara ini dalam lingkungan tautan hati yang sama-sama beriringan melangkah menuju satu matlamat. Semoga kita semua dalam redha Allah sentiasa ..
Sekadar mahu berkongsi, tentang kerisauan. Khususnya buat wanita yang memang fitrahnya seorang yang detail dan suka berfikir hatta sekecil-kecil perkara, lantas menimbulkan kerisauan...
RISAU ITU...
Ada 4 jenis kerisauan wanita.
Risau pada sepi dan kesepian.
Iaitu risau keseorangan . Risau tidak berteman dan tidak punya pasangan hidup.Risau hidup bersendirian.
Sepi
itu indah? Bila ia dilafazkan, anda boleh fahami makna terbalik dari
ungkapan ini. Ia tidak indah tapi keadaan menjadikan dirinya kesepian
dan dia malas untuk memikirkan perkara yang boleh menyebabkan hatinya
terluka kembali. Maka dia cuba untuk menikmati kesepian itu.
Cubalah!,
Hilangkanlah kesepian itu dengan alunan pengabdian. Lihatlah Nabi Yunus
ketika berada kesepian di dalam perut ikan Nun. Ia merintih pada
tuhannya dengan lafaz :
لا إله إلا أنت سبحانك إني كنت من الظالمين
Pasti
segala kerisauan hati hilang sedikit demi sedikit. Lebih-lebih lagi
ketika waktu uzur. Bacalah selepas maghrib 500 kali samada dengan lidah
atau dibaca dalam hati.Akan terbit rasa indah dan terhibur.Atau
perdengarkan kalam Allah dengan lidah kita. Biar Allah pula hiburkan
hati yang lara.
Risau pada paras rupa yang tidak cantik dan kurang menarik.
Setiap
orang ada jodohnya. Mungkin jodohnya di dunia ini atau sudah termaktub
bahawa jodohnya di akhirat kelak. Ini adalah kerana jodoh wanita yang
tidak kesampaian di dunia yang fana ini akan diperisterikan oleh Ahli
Syurga nanti.Dunia yang sementara ini tempohnya hanya beberapa kelipan
mata dibandingkan dengan lamanya hidup di akhirat yang tiada nokhtah.
Keindahan
seseorang pada zahirnya bergantung pada paras rupa. Tapi disebalik
paras rupa itu ada manisnya dan daya penarik. Ada manusia yang zahirkan
daya penarik ini dengan ilmu sesat dan dampingan syaitan. Ini tidak
kekal dan akan menjadi sumpahan pada masa hadapannya kelak.
Bagi
yang mengekalkan wuduk dan rajin qiamullail ada cahaya indah
dipancarkan dari wajahnya. Apatah lagi yang mengekalkan kalimah tauhid
di mulutnya. Hafiz Ibnu Qayyim ra.a seorang ulama hadis yang terkenal
telah mencatat 100 hadis tentang kelebihan Ucapan لا إله إلا الله
antaranya ialah Nabi pernah bersabda :
"Zikir adalah cahaya hati dan wajah"
Risau pada pergantungan hidupnya.
Takut
hidupnya dipersiakan. Takut tidak dihiraukan. Takut dirinya
digandingkan dengan madu. Takut ditukar kasih sayangnya. Sebab itu
ramai wanita berkerjaya. Demi menjamin masa depannya. Takut sesuatu
yang seringkali berlaku dalam rumahtangga.
Lelaki memang
pantang ada peluang. Pantang punya kemampuan. Pantas dan nekad membuat
keputusan tanpa memikir jauh. Jadi kaum hawa memerlukan pergantungan
diri sendiri. Wang dikumpul. Mahu juga kereta sendiri. Mahu pula rumah
atas namanya.Banyak sungguh persediaan.
Khaulah binti
Hakim datang berjumpa dengan Nabi mengadu nasibnya yang dibuang oleh
suami setelah melahirkan anak-anak yang ramai dan mengabdikan diri
untuk suami. Namun setelah berusia ia talak oleh suaminya dengan lafaz
zihar. Maka bukan sahaja Nabi yang mendengar luahan wanita itu tapi
Allah lebih pantas menurunkan ayat untuk menyambut aduan hambannya itu.
Oleh
itu jangan lupa berselawat bila ada kerisauan ini. Rajin-rajinkan lidah
untuk berselawat.Bayangkan Nabi berada di hadapan kita ketika
berselawat. Dan Sambil itu adukan saja permasalahan kita.
Risau tidak punya zuriat.
Tak
kawin satu masalah. Bila dah kawin risau pula tidak ada zuriat. Zuriat
adalah benteng utuh untuk mempertahankan rumahtangga. Bila tiada zuriat
maka macam-macam kerisauan yang lain mula timbul. Cubalah lafazkan doa
Nabi Zakaria yang telah tua tapi masih tidak punya zuriat iaitu :
رَبِّ لاَ َتذَرْنِي فـَرْداً وَأَنْتَ خَيْرُ الوَاِر ِثِيْن
Anbiya : 89
Jadikan ia ucapan doa pada setiap kali sujud dalam apa jua solat yang dilakukan...
~La Tahzan : Nikmatilah keindahan yang tak dijanjikan~ |
0 comments:
Post a Comment