CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, May 11, 2010

KAKS Satu Pengalaman...















































Kursus Asas Keusahawanan Siswa, satu lagi pengalaman yang terakam dalam kembara Hamba. Hamba sifatkan ia sebagai suatu pengalaman yang cukup bermakna dan mencetus sinergi dan mood untuk bergelar usahawan. Pengalaman berhadapan dengan pelbagai ragam dan telatah masyarakat di sekitar bandar hilir, membuat hamba merenung sejenak bagaimanakah agaknya selepas terjun ke medan kelak? Pengalaman mencari dana RM200 dalam masa 3 jam dengan berbekal modal RM 1, ic serta kad identiti sebagai peserta kursus membuat hamba rasa teruja. Bisa hamba simpulkan, task ini mampu membentuk dan mengasah communication skill khususnya buat anak muda yang bergelar amilin sebagai persediaan menghadapi lapangan ummah. Dan satu lagi konklusi yang suka hamba untuk berkongsi ; tiada yang mustahil untuk mencapai suatu impian walaupun dalam keterbatasan waktu. Asal tidak malu bertanya dan bersedia menjadi risk taker, insyaAllah segalanya mungkin. Pengalaman 7 hari dalam kursus ini memberi hamba pengalaman dan ilmu yang cukup bernilai demi menggalas taklifan dan sekaligus memanfaat diri hamba untuk akan datang. Yang paling penting, seronok dapat mengenal rakan-rakan baru yang hamba kira cukup menghiburkan dan punya bakat besar bergelar usahawan di masa akan datang. Selamat maju jaya buat geng KAKS 15! Hamba doakan semoga rakan-rakan menjadi usahawan jutawan yang mampu menyumbang ke arah kebangkitan Islam di masa depan... Takbir! =)

0 comments: